Sejak akhir-akhir ini, gejala membuang bayi semakin melonjak naik. Namun begitu , gejala ini bukanlah perkara baharu kerana ini telah lama berlaku. Mungkin telah ratusan atau ribuan bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa perlakuan ibu bapa yang tidak berperikemanusiaan yang hanya mementingkan maruah dan kepentingan diri sendiri. Malahan janin yang tidak sempat untuk menikmati hidup juga menjadi mangsa keadaan. Sedangkan haiwan pun sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang dijadikan sempurna akal fikirannya. Jika difikir-fikirkan,geleng kepala melihat berita dan membaca artikel di surat khabar saban hari. Apakah yang telah berlaku dengan dunia ini? Manusia telah lalai dan hanya berfikir akan soal keduniaan. Tidakkah mereka sedar bahawa segala perlakuan mereka ini akan menerima pembalasan? Jika tidak di dunia yang fana ini, mereka akan menerima pembalasan di akhirat nanti yang semuanya adalah pasti.
Bercerita mengenai tajuk iaitu ‘ Hukuman Berat Membendung Gejala Buang Bayi, Setuju atau Tidak?’ melihat kepada tajuknya sahaja membuat kami bersetuju dan pasti hanya hukuman yang mampu menangani masalah ini. Jika ada hukuman yang paling berat, itulah akan menjadi pilihan kami kerana manusia yang tidak berhati perut ini tidak wajar diberi pengampunan kerana mereka telah mengambil peluang insan lain untuk menikmati dunia ini yang terhasil daripada janin mereka sendiri.
Jika kami yang menjadi pelaksana hukuman, hanya hukuman gantung sampai mati menjadi penyelesaiannya kerana mengambil nyawa insan lain dan juga kerana melakukan zina yang telah terang-terang dilarang oleh agama. Terpulanglah kepada sesiapa yang ingin memanggil kami kejam atau lebih dari itu. Jika difikirkan kembali itu baru melibatkan gejala buang anak belum lagi dimasukkan dengan statistik anak luar nikah iaitu 17303 anak luar nikah yang didaftarkan pada tahun 2009 dan di Malaysia kira-kira 47 orang anak luar nikah dilahirkan sehari. Melihat kepada data tersebut telah mebuatkan kami terdiam sejenak. Apakah maksudnya ini? Adakah budaya zina dan maksiat telah menjadi perkara biasa di Malaysia?
Siapa yang harus dipersalahkan? Masyarakat menunding jari masing-masing kepada orang lain. Ingin kami tekankan disini bahawa saya dengan beraninya menunding jari kepada ibu bapa yang melahirkan anak yang tidak berhati perut itu. bak kata pepatah “Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?”
Perangai anak mereka menjadi refleksi kepada perangai ibu bapa mereka. Jika baik ibu bapanya maka baiklah anak-anak mereka. Dapat dilihat pada masa ini keruntuhan institusi kekeluargaan yang menjadi punca kepada semua permasalahan ini. Bukan sahaja gejala buang bayi,malah gejala pengambilan dadah, dan sebagainya. Ibu bapa bukan lagi dilihat sebagai role model oleh anak-anak untuk dicontohi pada zaman sekarang. Malah anak-anak sudah tidak lagi berasa takut dengan ibu bapa mereka seperti zaman-zaman dahulu. Jika ada pun hanya satu dari sepuluh
.Seharusnya kami sangat bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang tegas namun pada masa yang menunjukkan bahawa mereka sebenarnya sayang akan kita.